Saya muhammad zarin . Berusia 26 tahun . Berat saya 91kilo dan tinggi saya 167cm menetap di kuala lumpur . Saya dapati saya ada darah tinggi sejak 3 atau 4 tahun lepas dengan cara saya ke klinik dan dapati bacaan BP saya agak tinggi . Mula mula saya kerja di bawah company lama dan mereka provide panel insurans untuk setiap pekerja . Jadinya di situ saya juga dapat saranan dari HR tempat kerja untuk ambil langkah seterusnya buat full checkup dan warded berkenaan BP saya yang agak tinggi . Jadinya saya warded di KPJ tawakal sekitar 2 tahun lepas tak salah saya . Mereka bagi ubat darah tinggi amlodipine seingat saya satu biji adalah 10mg . Tapi lama kelamaan saya berhenti konsumsi ubat tu kerana tidak mengambil berat tentang diri sendiri .

Pada tahun 2024 saya dah bertukar kerja ke aliran jurutera mekanikal dan dalam bahagian teknikal service dan repairing . Setelah 2 tahun berkhidmat saya dapat saranan dari company untuk buat medical checkup untuk saya . Baru baru ini sebulan lepas saya dah pun membuat basic checkup untuk melihat penyakit apa yang saya ada. Lain lain semua ok dan report saya masih ada . Cuma darah tinggi saja yang masih ada dan makin tinggi sekitar bacaan 167/121 walaupun berpuasa sehari sebelum buat med checkup . Jadinya setelah mendapat saranan dari doktor dari klinik sinar ceria sentul , sekarang saya mengambil ubat darah tinggi jenama Twynsta 40mg+10mg untuk daily saya. Saya baru mula konsumsi ubat ini berhampiran sebulan

26 Jun 2025 11:02 PM

All fields marked with * are mandatory.

Drop attachment(s) here to upload
`