Saya dah daftar menjadi ahli GC, dan dah bayar deposit crowdshare. Tapi saya tersilap klik bahagian non-smoker. Sepatutnya saya pilih smoker. Apa yg perlu saya buat ya. Bolehkah pihak hq tukarkan status saya dengan kadar segera

24 Mar 2025 09:12 AM
By: Customer Support A

24 Mar 2025 02:39 PM

Kepada Carer: YUSUF BIN ZULKHAIRI,

Terima kasih kerana menghubungi Gathercare berkaitan deklarasi status perokok anda.

Kami amat berbesar hati di atas ketelusan deklarasi oleh pihak tuan.
Sebelum menukar status ingin kami sahkan sekali lagi bahawa di profile anda kini serta deklarasi kesihatan anda telah menekan pada 'Non-smoker' dan ingin menukar kepada 'Smoker'. Betul?

Jika betul, sila sahkan untuk kami buat pembetulan semula.

Dan makluman juga, bagi status perokok, kadar crowdshare bulanan adalah 1.2x lebih tinggi dari bukan perokok.

Terima kasih atas ketelusan dan kejujuran anda.

Salam Sejahtera
GATHERCARE
Together We Care

`